Minggu 4


Ceritera 16: Selamat Tinggal Kak Nila

Tarikh: 30 Mac 2013
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Blok B, Kolej Za’ba

                Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat. hari ni semasa hendak menaiki tangga balik rumah saya terpandang satu nota yang ditampal pada papan memo. Terdapat satu memo yang bertulis tangan menarik perhatian saya. Bunyi memo tersebut seperti yang terdapat dalam gambar.


                Pertama kalu nak komen memang ada kesalahan ejaan dan bahasa yang digunakan guna adalah bukan bahasa baku tetapi bahasa percakapan harian yang biasa digunakan. Namun, bahasa percakapan tersebut sebenarnya secara tak langsung telah menyampaikan perasaan sebenar penulis kepada pembacanya.

                Kedua, agak sedih sebab memo itu sebenarnya ditulis oleh seorang ‘cleaner’ blok kami yang kami panggil Kak Nila yang dah tamat perkhidmatannya dekat kolej kami. Kak Nila ni mesra sangat dan selalu tegur kalau terserempak kami dekat blok. 

Bicara Hatiku: Semoga Kak Nila dapat pekerjaan yang lebih baik lagi lepas ni. Nanti kita jumpa lagi. Kami sayang Kak Nila.






Ceritera 17: Jualan Tangga

Tarikh: 30 Mac 2013
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Kolej Kediaman Za’ba

                Assalamualaikum sahabat-sahabat alam maya. Di saat saya ketandusan idea untuk menulis untuk mengisi diari harian saya ini, tiba-tiba saya terfikirkan sesuatu yang agak menarik. Semasa saya berjalan nak menaiki tangga balik ke rumah saya ternampak ada sesuatu yang diletakkan di dalam kotak di bawah tangga.





                Memo yang terdapat di bahagian luar kotak adalah seperti yang terdapat dalam gambar. Sebenarnya jualan tangga ni dah lama ada dekat kolej tapi apa yang menarik ialah mengenai bahasa yang digunakan untuk menarik pembeli.

                Biasanya jualan tangga dibuat oleh pelajar yang nak cari duit lebih. Perkara yang menarik lagi adalah bahasa yang digunakan untuk memastikan pembeli berlaku jujur kerana setiap barang yang diambil perlu di bayar dan bayaran tersebut perlu ditinggalkan di dalam bekas yang disediakan. Secara tak langsung sebenarnya konsep amanah digunakan oleh mereka. Contoh ayat yang digunakan:

‘Harap anda berlaku jujur kerana setiap perkara yang dilakukan ALLAH sentiasa melihat’

Bicara Hatiku: Tertanya-tanya juga ada ke orang yang ambil barang tanpa bayar. Kita tak tahu lain orang lain hati budinya.






Ceritera 18: Istilah Kewartawanan

Tarikh: 25 Mac 2013
Hari: Isnin
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Bangunan E-Learning

                Assalamualaikum sahabat sekalian. Pada malam Isnin 25 Mac saya menghadiri kelas ganti. Biasa rutin budak UPSI kelas ganti di buat pada waktu malam. Subjeknya ialah kewartawanan. Kelas kami dibuat di tingkat empat bangunan E-Learning memandangkan semua kelas telah dikunci oleh pihak keselamatan.

                Namun kelas kami tetap berjalan walaupun ada yang duduk atas lantai je. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Topik pada hari tersebut adalah mengenai proses penulisan dan penerbitan berita. Setelah diberi penerangan oleh Encik Ghazali selaku instructor kami, sebenarnya banyak istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam bidang kewartawanan ni.

Editorial :  Penyemak penulisan wartawan
Broad sheet : Jenis akhbar yang besar
Compaq : Jenis akhbar saiz kecil
Scoop : Sebuah berita yang diperoleh oleh satu syarikat akhbar sahaja secara eksklusif.
Slug : Kata kunci yang menggambarkan keseluruhan berita



   Bicara Hatiku: Terasa semakin teringin kan jadi wartawan selepas mendengar penerangan Encik Ghazali. Sebenarnya tak susah pun nak jadi wartawan kalau pandai mencari berita dan mengulas berita dengan baik.





Ceritera 19: Kursus Tahsin Solat

Tarikh: 31 Mac 2013
Hari: Ahad
Masa:  8.30 pagi
Lokasi: Masjid Sultan Azlan Shah

                Assalamualaikum w.b.t. Pada hari ahad yang indah ini ketika semua orang sedang beristirahat, saya dan kawan-kawan telah menyertai sebuah kursus iaitu kursus Tahsin Solat yang dianjurkan oleh Kelab Fasilitator Bitara dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam UPSI di Masjid Sultan Azlan Shah, kampus baru kami.

                Banyak ilmu bermanfaat sebenarnya diperoleh. Penyertaan dari pelajar UPSI juga amat menggalakkan. Kursus ini memberi kesedaran kepada kami mengenai kepentingan bacaan dalam solat terutama sekali bacaan Surah Al-Fatihah. Sesetengah orang tidak tahu bahawa sedikit kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah boleh membuat solat seseorang itu tidak sah.

                Kita mungkin tidak mengetahui mengenai perkara tersebut kerana mungkin kurang pendedahan dan memandangkan bahasa yang digunakan dalam solat kita adalah bahasa Arab. Oleh itu sebenarnya amat penting untuk kita mempelajari pelbagai bahasa dan bukan bergantung pada bahasa utama sahaja seperti bahasa Melayu sendiri dan bahasa Inggeris.



Bicara Hatiku: Kursus tersebut mengajar cara bacaan Al-Fatihah dengan betul dan banyak memberi manfaat kepada peserta. Harap program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.






Ceritera 20: Suka Suki Pelajar Sekolah

Tarikh: 1 April 2013
Hari: Isnin
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Kolej Za’ba

                Assalamualaikum w.b.t. Rentetan dari cerita yang lepas saya ada menceritakan mengenai lawatan saya dan kawan-kawan saya ke sebuah sekolah untuk kerja lapangan. Kami telah diberikan cenderamata oleh pihak sekolah sebagai kenang-kenangan. Cenderamata tersebut adalah merupakan sebuah majalah sekolah.

                Saya membelek-belek majalah untuk mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan ulasan dalam diari saya dan saya menjumpai bahan yang agak menarik iaitu gambar-gambar pelajar tingkatan 5 Sekolah Syed Mashor.



                Setiap gambar tersebut disertai dengan kata-kata yang menggambarkan setiap watak pelajar dalam kelas tersebut. Disebabkan ulasan gambar tidak menggunakan bahasa yang standard, santai dan bersahaja menyebabkan gambar itu agak menarik perhatian pembaca.

Bicara hatiku: Banyak perkara yang menarik dimuatkan dalam sesebuah majalah sekolah. Majalah sekolah adalah salah satu ruang dan peluang pelajar untuk menyiarkan hasil kerja mereka kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment