Minggu 2

Ceritera 6: ‘Family Day’ Kolej Za’ba


Tarikh: 10 Mac 2013
Hari: Ahad
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Kolej Kediaman Za’ba

                Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian. Kali ni saya ingin berkongsi sedikit kemeriahan pada hari keluarga yang telah diadakan di Kolej Za’ba. Sambutan dari pelajar agak meriah juga sebenarnya. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara penghuni blok-blok kediaman di sini di samping mengisi masa hujung minggu pelajar dengan cara yang lebih berfaedah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sukaneka dan ‘explorace’.

                Perkara yang agak menarik yang saya ingin sentuh di sini adalah mengenai bahasa yang digunakan oleh pengacara tidak formal. Sebenarnya isu ini tidaklah begitu besar tapi agak menarik perhatian saya semasa aktiviti berlangsung. Saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh seorang sahabat semasa memberi arahan satu permainan yang melibatkan penggunaan plastik sampah dan belon berisi air. Arahan yang diberikan adalah seperti berikut:

“Setiap ahli kumpulan dikehendaki memegang plastik sampah dan menterikkan (menegangkan) plastik sampah tersebut sambil membawa belon”

                Perkataan itu tidak difahami oleh rakan-rakan lain. Mungkin sahabat itu berasal dari Kelantan dan dia mungkin tersasul semasa memberikan arahan. Banyak lagi arahan sebegitu yang saya sempat dengar namun saya agak pelupa. InsyaALLAH, jika saya ingat saya akan ‘update’ lagi. Sedikit bingkisan gambar sepanjang program.

 Latihan dalam kumpulan

Sukaneka menggunakan belon dan plastik sampah


 Lari berganti dalam kain batik

Robotku berlari

Bicara Hatiku: Seronok hari keluarga tu, walaupun saya tak dapat main dan hanya bertugas sebagai ahli jawatankuasa, tetapi pengalaman bermain bersama rakan-rakan amat menyeronokkan. Tahniah kepada rakan-rakan yang menang hamper besar tu. Jangan lupa kongsi-kongsi la sikit ya.




Ceritera 7: Dilarang Buat muka Pura-Pura ‘busy’


Tarikh: 12 Mac 2013
Hari: Selasa
Masa: 4.00 petang
Lokasi: PPD Hulu Selangor

                Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan. Hari ini saya dan seorang sahabat telah bersama-sama pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor untuk menghantar kertas kerja. Kertas kerja tersebut bertujuan untuk menyiapkan satu tugasan yang melibatkan kajian di sebuah sekolah. Perjalanan tidaklah jauh pun, kami hanya menaiki kereta api dari Tanjong Malim (TM)  ke Kuala Kubu Baharu (KKB). Perjalanan dari TM ke KKB hanya mengambil masa 20 minit sahaja.

                Dari stesen kereta api, kami naik pula teksi untuk ke PPD tersebut. Nasib kami baik ketika sampai di sana pejabat masih belum tutup dan pegawai yang kami ingin jumpa masih ada di pejabat beliau. Perkara yang menarik perhatian kami ketika masuk ke dalam pejabat beliau terdapat satu notis pada dinding yang ditampal. Notis tersebut adalah seperti berikut:


                 Saya agak tertarik dengan cara pekerja di sana bekerja. Mungkin notis tersebut adalah salah satu cara mereka ingin menegur pekerja yang malas buat kerja tetapi teguran dan amaran tersebut diberikan dengan cara yang agak unik bagi saya walaupun terdapat percampuran kod dalam ayat tersebut.

Bicara Hatiku: Pertama kali saya baca notis tu saya tersenyum sendiri. Gambar yang diambil ini telah mendapat kebenaran dari pihak pejabat ya. Apa-apa pun terima kasih En. Hasren yang banyak tolong kami untuk semak kertas kerja dan berhubung dengan pihak sekolah. Tapi sayang tak sempat ambil gmbar dengan En. Hasren. (Credit to En. Hasren)





Ceritera 8: Uniknya UPSI ku

Tarikh: 13 Mac 2013
Hari: Rabu
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

                Assalamualaikum sahabat alam maya sekalian. Hari ini saya berjalan-jalan mengelilingi kampus lama. Maklumlah, kampus UPSI agak luas sebenarnya. Perkara yang menarik perhatian saya ketika saya berjalan, saya dapati setiap jalan yang terdapat dalam kampus itu ada namanya tersendiri dan agak unik.

Begitu juga bangunan-bangunan lama yang masih utuh dari era  IPSI lagi saya kira. Antara nama jalan dan nama bangunan yang sempat kami ambil gambar adalah seperti di bawah:





Bicara Hatiku: Saya sebenarnya bangga menjadi salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ini kerana universiti ini banyak mencipta sejarah dan tokoh-tokoh bahasa yang terkenal juga banyak dilahirkan oleh universiti ini. Andai diberikan peluang saya ingin menjadi pensyarah di sini suatu hari nanti. InsyaALLAH.





Ceritera 9: Student UPSI


Tarikh: 14 Mac 2013
Hari: Khamis
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

                Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian. Seperti biasa blog ini saya ‘update’ terus apabila saya dapat cerita dan idea sensasi. Tapi kali ini tidaklah begitu besar isunya. Setelah tamat kelas seperti biasa rutin pelajar UPSI, kami akan menunggu bas di hadapan Pintu Timur di kampus lama. Ketika sedang menunggu bas, saya tertarik dengan satu iklan atau banner yang digantung di salah sebuah deretan kedai yang terdapat di hadapan tempat menunggu bas tersebut. Gambarnya adalah seperti berikut:


           Mungkin itu adalah salah satu cara peniaga untuk menarik perhatian pelajar-pelajar UPSI untuk membeli barangan mereka saya pun tidak tahu. Tetapi jelas di situ terdapat percampuran kod bahasa dan kesalahan tatabahasa.

Bicara Hatiku: Apalah salahnya jika perkataan ‘student’ itu ditukar kepada pelajar sahaja dan ‘kedai harga patut’ itu ditukar kepada ‘kedai harga berpatutan’. Tapi saya rasa kesalahan tatabahasa itu memang disengajakan oleh pemilik kedai, namun mereka seharusnya perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang betul kerana bahasa itu jiwa bangsa. Sekian, terima kasih.




Ceritera 10: ‘Be Mine’ by Tasha Marshahar


Tarikh: 15 Mac 2013
Hari: Jumaat            
Masa: 12.00 petang
Lokasi: Tadahan Selatan 5, Kampus

                Assalamualaikum dan salam perpaduan semua buat sahabat alam maya yang saya kasihi. Pada hari Jumaat lepas, seorang senior meminta tolong saya dan rakan untuk memenuhi suatu tugasan mereka iaitu microteaching yang perlu dijalankan oleh semua pelajar yang ingin pergi praktikal pada semester hadapan.

                Mereka meminta kami untuk berlakon sebagai pelajar yang sedang belajar di dalam kelas. Saya agak tertarik dengan cara pengajaran bahasa yang disediakan oleh kakak senior itu. Beliau telah menggunakan lagu yang bertajuk ‘Be Mine’ yang dinyanyikan oleh Tasha Marshahar sebagai contoh ayat yang banyak mengandungi percampuran kod bahasa di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan sahaja terdapat percampuran kod malah terdapat kesalahan tatabahasa lain. Hayatilah lirik lagu tersebut.

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Bicara  Hatiku: Saya bukanlah ingin mengkritik lagu tersebut sebab saya agak suka dengan melodi lagu tersebut. Cuma lagu tersebut jika dilihat memang terdapat percampuran kod. Bagi saya lagu tersebut memang boleh menjadi salah satu bahan dan contoh yang berguna  dalam pengajaran bahasa.


No comments:

Post a Comment